Cara penyusunan bilik darjah adalah melalui kedudukan kerusi dan meja. Jumlah pelajar di dalam kelas itu akan diberi tumpuan terlebih dahulu iaitu jumlah pelajar lelaki dan jumlah pelajar perempuan, bangsa dan juga kaum. Bukan itu sahaja,bahkan penyusunan meja juga berdasarkan guru kelas itu sendiri. Hal ini kerana ia akan memudahkan urusan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyusunan kerusi dan meja ini juga dibuat dalam bentuk berkumpulan bagi memudahkan perbincangan kumpulan yang akan diadakan oleh pihak sekolah ataupun guru kelas itu sendiri.
Beberapa guru juga menyususn atur bilik darjah dalam kumpulan mengikut kaum, bangsa dan jantina. Hal ini kerana sesetengah pelajar tidak suka untuk dicampurkan dalam pelbagai bangsa dan kaum dalam satu kumpulan. Perkara ini biasanya berlaku di dalam bilik darjah tingkatan 1 ataupun menengah bawah. Hal ini kerana mereka belum mengenali pelajar dari bangsa yang lain dan perkara ini juga adalah kerana ingin mengelakkan daripada sesuatu isu berlaku. Akan tetapi bilik darjah dari kelas menengah atas, kebiasaanya disusun secara rawak. Hal ini kerana mereka sudah mengenali pelajar dari bangsa lain dan sudah pandai menggauli dan berkawan dengan mereka. Justeru, cara yang terbaik dilakukan oleh guru kelas ialah dengan mengasingkan pelajar-pelajar mengikut bangsa, kaum dan jantina bagi menengah bawah dan secara rawak dari menengah atas. Hal ini kerana keselesaan para pelajar diberi keutamaan agar mereka dapat belajar dalam keadaan dan suasana yang kondusif.
No comments:
Post a Comment