Pengurusan Bilik Darjah
KPS 3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN)
Saturday, 7 December 2019
NAMA AHLI KUMPULAN
1) NURSYAZA NASUHA BINTI MOHD SOBRI (D20182086263)
2) NOOR SYAKIRIN BINTI SHUKRI (D20182086260)
3) NURHASYA HUSNA BINTI KASSIM (D20182086240)
4) NUR FARIZATUL FAZLIN BINTI NA'AIMI (D20182086225)
Pengenalan
Pengurusan bilik
darjah merupakan set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana
guru akan membentuk dan mengekalkan suasana pembelajaran seperti diharapkan.
Lernlech (1988) mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam
kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang
pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan
keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam
memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Menurut
Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan antara dimensi
arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya
aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Menurut kedua-dua
pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan
merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu
bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran.
1) Bahan Bantu Belajar
Bahan bantu pelajar merupakan antara bahan yang
terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) pelajar seharian. Bahan
bantu belajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori
yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu bahan bantu mengajar bukan
elektronik, bahan bantu mengajar elektronik dan bahan bercorak pengalaman dan
bahan sebenar.
Antara
bahan bantu pelajar dalam kelas ialah adanya papan kenyataan di hadapan dan
belakang kelas. Papan kenyataan hadapan khusus kepada carta organisasi kelas,
jadual bertugas dan jadual waktu. Manakala papan kenyataan di belakang pula
merupakan sudut bacaan atau info kepada pelajar-pelajar untuk lebih mengetahui
apa yang dipelajari oleh mereka. Sebagai contoh sudut bacaan matematik, pelajar
atau guru memainkan peranan dalam menentukan atau membuat formula-formula
berkaitan dengan cara pengiraan dan jawapan bagi setiap formula. Setiap papan
kenyataan mengandungi semua subjek yang dipelajari oleh pelajar dalam kelas
tersebut. Selain itu kemudahan LCD pula dilakukan sewaktu pelajar berada di
dalam makmal atau bilik darjah itu sendiri. Dengan adanya LCD ini akan menarik
minat pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas kerana di zaman era global ini
murid lebih meminati bahan berunsurkan elektronik berbanding belajar secara
formal yang biasa dilakukan.
Justeru,
guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mempelbagaikan bahan bantu
belajar ini agar murid-murid dapat memahami dengan lebih mudah apa yang mereka
belajar dan pada masa yang sama tidak merasa bosan dan mengantuk ketika
belajar.
2) Penyimpanan Rekod Pelajar
Maklumat peribadi murid-murid dapat
membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat
murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika
kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Hal ini juga
membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi
sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran,
berfikiran kreatif dan kritikal memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima
dan menyuburkan potensi kepimpinan. Tambahan pula, melalui maklumat peribadi
murid juga dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain,
misalnya bantuan dari segi kewangan. Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan
akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah. Pihak
sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan
apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang
bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.
Maklumat ini juga memberi peluang
kepada guru kelas menghubungi ibu bapa dan penjaga supaya dapat berbincang
tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan kepada guru ibu bapa atau penjaga
jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidak melaksanakan
kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatan
penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu,
maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah
dan nombor telefon perlu ada.
3) Penyusunan Bilik Darjah
Cara penyusunan bilik darjah adalah melalui kedudukan kerusi dan meja. Jumlah pelajar di dalam kelas itu akan diberi tumpuan terlebih dahulu iaitu jumlah pelajar lelaki dan jumlah pelajar perempuan, bangsa dan juga kaum. Bukan itu sahaja,bahkan penyusunan meja juga berdasarkan guru kelas itu sendiri. Hal ini kerana ia akan memudahkan urusan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyusunan kerusi dan meja ini juga dibuat dalam bentuk berkumpulan bagi memudahkan perbincangan kumpulan yang akan diadakan oleh pihak sekolah ataupun guru kelas itu sendiri.
Beberapa guru juga menyususn atur bilik darjah dalam kumpulan mengikut kaum, bangsa dan jantina. Hal ini kerana sesetengah pelajar tidak suka untuk dicampurkan dalam pelbagai bangsa dan kaum dalam satu kumpulan. Perkara ini biasanya berlaku di dalam bilik darjah tingkatan 1 ataupun menengah bawah. Hal ini kerana mereka belum mengenali pelajar dari bangsa yang lain dan perkara ini juga adalah kerana ingin mengelakkan daripada sesuatu isu berlaku. Akan tetapi bilik darjah dari kelas menengah atas, kebiasaanya disusun secara rawak. Hal ini kerana mereka sudah mengenali pelajar dari bangsa lain dan sudah pandai menggauli dan berkawan dengan mereka. Justeru, cara yang terbaik dilakukan oleh guru kelas ialah dengan mengasingkan pelajar-pelajar mengikut bangsa, kaum dan jantina bagi menengah bawah dan secara rawak dari menengah atas. Hal ini kerana keselesaan para pelajar diberi keutamaan agar mereka dapat belajar dalam keadaan dan suasana yang kondusif.
Beberapa guru juga menyususn atur bilik darjah dalam kumpulan mengikut kaum, bangsa dan jantina. Hal ini kerana sesetengah pelajar tidak suka untuk dicampurkan dalam pelbagai bangsa dan kaum dalam satu kumpulan. Perkara ini biasanya berlaku di dalam bilik darjah tingkatan 1 ataupun menengah bawah. Hal ini kerana mereka belum mengenali pelajar dari bangsa yang lain dan perkara ini juga adalah kerana ingin mengelakkan daripada sesuatu isu berlaku. Akan tetapi bilik darjah dari kelas menengah atas, kebiasaanya disusun secara rawak. Hal ini kerana mereka sudah mengenali pelajar dari bangsa lain dan sudah pandai menggauli dan berkawan dengan mereka. Justeru, cara yang terbaik dilakukan oleh guru kelas ialah dengan mengasingkan pelajar-pelajar mengikut bangsa, kaum dan jantina bagi menengah bawah dan secara rawak dari menengah atas. Hal ini kerana keselesaan para pelajar diberi keutamaan agar mereka dapat belajar dalam keadaan dan suasana yang kondusif.
4) Carta Organisasi Kelas
Carta organisasi kelas perlu dibentuk oleh guru kelas sejak awal
persekolahan lagi. Terdapat pelbagai cara yang boleh dibuat dalam pemilihan
organisasi kelas antaranya ialah demokrasi, undian dan sebagainya. Hal ini
dilakukan sedemikian kerana para pelajar berhak memilih sesiapa sahaja yang
mereka lihat layak dalam memegang sesuatu jawatan.
Dalam carta organisasi kelas terdapat jawatan-jawatan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah antaranya ialah ketua kelas, penolong ketua
kelas, setiausaha, bendahari, ajk kebajikan, ajk keselamatan, ajk kebersihan
dan keceriaan dan banyak lagi ajk-ajk yang terdapat dalam carta organisasi.
Setiap ajk memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kelas dalam keadaan
yang baik. Ketua kelas memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan
kelas dalam keadaan baik dan tersusun. Bukan itu sahaja bahkan ketua kelas juga
merupakan tulang belakang kepada guru kelas dalam meyampaikan apa-apa hal yang
berkaitan dengan kelas. Manakala tugas penolong ketua kelas pula ialah pembantu
kepada ketua kelas bagi memastikan kelas dalam keadaan yang selesa dan juga
memastikan para pelajar tidak membuat bising.
Justeru, carta organisasi kelas memainkan peranan yang amat penting
dalam membentuk peribadi seorang pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik
tetapi juga cemerlang dari sudut sahsiah.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, pengurusan bilik darjah amatlah
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) kerana melalui
pengurusan bilik darjah ini pelajar dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap
apa yang diajar oleh guru kerana mereka cukup selesa dengan keadaan
persekitaran bilk darjah yang bersih dan teratur. Bukan itu sahja bahkan guru
juga menjadi “role model”dalam pengurusan bilik darjah ini kerana tanpa adanya
guru maka pelajar tidak akan mampu untuk melaksanakan pengurusan bilik darjah
dengan sebaik yang mungkin. Jelaslah bahwa pengurusan bilik darjah perlu
dititikberatkan oleh semua para pelajar dan guru-guru di sekolah.
.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Carta organisasi kelas perlu dibentuk oleh guru kelas sejak awal persekolahan lagi. Terdapat pelbagai cara yang boleh dibuat dalam pemil...


